Sunday 1 April 2012







Ada seorang adik kecil ini berumur 6 tahun mgalami ganguan waktu tidur, dia bermimpi benda-benda yang pelik dan menakutkan… selepas itu dia telah berjumpa dengan kakak nyer n menceritakan perkara tersebut…
Abe: kak. Ika, abe mimpi hantu… muka dia hodoh…. Abe takut…
Nak buat macam mana yer?
Pada ketika itu, kak. Ika baru habis menunaikan solat isyak…
Melihat kepada keadaan tersebut, abe mengatakan
Abe: abe nok maye supo kak.ika boleh x…
Kak.ika pun menuruti kehendak adik tersayang dengan pergi  ke bilik air untuk mengambil wudhuk bersama-sama…
Kak.ika : abe solat kat sini yer, nanti turut apa yang akak buat…
Abe pun menuruti segala gerak langkah kak.Ika…. tiba-tiba datang adik Habib dengan gembiranya untuk mengajak Abe bermain bersama tetapi telah disekat oleh K.Ika…. k.Ika memandang Abe dengan perasaan terharu kerana khusyuk melaksanakan solat…
Seusai solat tadi, Abe lalu di sisi katil dan melihat mashaf surah Yasin ada di situ, kemudian dia mengajak k.ika untuk membaca Yasin bersama… ketika membaca beberapa helaian surah Yasin… Abe telah tertidur di sisi kakaknya yang tercinta….

Pada keesokkan paginya, Abe bangun dengan muka yang ceria dan menceritakan
Abe: k.ika…. Abe dah tak mimpi hantu dah… abe tidur lena jer semalam…
K.ika : Alhamdulillah…



Moral of the story:
setiap manusia mempunyai masalah samada tua mahupun muda, namun hanya beberapa kerat sahaja manusia yang  menyelesaikan masalah dengan kembali kepada Allah…
Waallahu ‘alam

Tuesday 17 January 2012

Hakikat aku seorang pelajar



Pada ketika saat, aku menaipkan bait-bait ini, peperiksaan masih lagi berjalan. Pada waktu ini, ramai teman-teman dan para sahabatku sekalian menghadapi peperiksaan akhir semester. Maka pada saat inilah kedai-kedai fotostat dipenuhi dengan mahasiswa. Mereka datang buat apa, ada jualan ke? Apa lagi fotostat buku rujukan dan nota kuliah la…, Perkara seumpama ini sudah menjadi kebiasaan ketika berada di ambang peperiksaan. Jika sebelum ini, hanya segelintir pelajar sahaja yang membaca nota ke hulu hilir, namu pada ketika ini rata-rata mahasiswa berubah menjadi ulat buku, mereka muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang berjalan sambil membaca nota, nasib baik tak jatuh longkang atau terlanggar batu, ada yang membawa nota ke kafe, tapi takde kan yang bawa nota ke bilik air?....

Apabila tiba sahaja hari peperiksaan, maka ramailah antara kita ini belajar sehingga lewat malam atau kadang kala tidak tidur langsung. Hebat betul pelajar begini. Walau bagaimanapun, tabiat yang berubah-rubah ini telah menjejaskan kesihatan mahasiswa. Mungkin ramai yang tidak percaya kerana tidak terjadi kepada mereka. Jom saya buktikan, semasa pengawas peperiksaan kata… ANDA BOLEH MULA MENJAWAP… sama khusyuk menjawap soalan tiba-tiba bunyi suara… haaacimm….  Bunyi orang bersin dan batuk,,, percaya tak?

Bukan tujuan saya untuk menceritakan gelagat teman-teman kampus, tapi tujuan saya adalah untuk membetulkan niat teman-teman sekalian dalam menuntut ilmu dan tanggungjawab sahabat sekalian terhadap ilmu yang ada. Pernah tak sahabat sekalian muhasabah diri, apa yang aku belajar ini hnayalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang semata-mata @ hanya mahukan segulung ijazah @ memang benar aku tuntut ilmu ini hanyalah kerana Allah s.w.t.



Jom kita muhasabah diri bersama … PErnahkah kita menilai @ menguji ilmu yang ada pada kita? Samada ia ilmu yang melekat di minda selama-lamanya @ hanya melekat waktu waktu exam namun selepas exam hilang entah ke mana? Meh semua sahabat kita perbetulkan niat masing-masing, jangan pula kita menyesal  nanti… menyesal bukan kerana tidak dapat dekan tapi menyesal kerana ilmu yang pernah dipelajari tidak dapat diamalkan. Sepatutnya rakan mahasiswa sekalian menjadi ejen atau duta maklumat ilmu kepada masyarakat, jika berlaku sebarang permasalahan kita boleh guna stand kita sebagai mahasiswa untuk mengemukakan pandangan… bernas atau  tidak bukan masalahnya tetapi keberanian kita memberikan mencadangan.
 Saya menyeru semau sahabat-sahabat yang akan bergelar doktor falsafah atau professor nanti untuk sebarkan ilmu walau di mana anada berada  atau medium apa yang digunakan… saya yang lemah ini mencadangkan para sahabat mahasiswa sekalian untuk berkongsi ilmu melalui medan ceramah (jika mampu) @ medan usrah @ laman facebook @ laman blog dan pelbagai lagi medium yang canggih sekarang. Ayuh sahabat… ikhlaskan diri  kita mempelajari ilmu bukan sekadar untuk  masuk exam bahkan lebih dari itu lagi…. Yakni kita perlukan  ilmu tersebut untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Mesti sahabat semua ingat mengenai firman Allah s.w.t yang mengingatkan kita  bahawa seseorang yang berilmu itu akan diangkat darjatnya beberapa darjat.

Ayuh para sahabat, kita mulakan hari yang baru, tahun yang baru dengan misi yang baru iaitu menyebarkan ilmu berdasarkan paksi amar makruf nahi mungkar….

Friday 4 November 2011

Ibrah Bagi Wanita




Ibrah Bagi Wanita 


Pada suatu ketika, Umar al-Khattab sedang menghadapi masalah, melihat kepada kegelisahan Umar maka isterinya datang untuk merespon dan memberi cadangan terhadap masalah yang dihadapi dengan berkata “engkau perlu melakukan begini dan begini”. Umar berkata kepada isterinya “Engkau nie kenape, menyibuk je? Maka isterinya menjawap” Abang, takkanlah saya nak biarkan abang menghadapi masalah ini seorang diri sepertimana yang dilakukan oleh Hafsah yang membiarkan Rasulullah saw tanpa bertegur sapa sehingga baginda marah sehari suntuk. Mendengar cerita dari isterinya yang tersayang, maka beliau pergi berjumpa dengan puteri beliau yakni Hafsah untuk mendapatkan kepastian. 


Maka Hafsah berkata “ Iya, kami pernah melakukan hal ini. Lalu Saidina Umar mengingatkan puterinya, “wahai Hafsah, berhati-hatilah dengan seksaan Allah dan kemararahan Rasul-Nya”. Selepas itu Saidina Umar menuju pula ke rumah Ummu Salmah kerana dia termasuk orang yang terdekat dengan Saidina Umar. Kemudian beliau bertanya kepada Ummu Salamah seperti mana beliau bertanya kepada Saidatina Hafsah, Ummu Salamah menjawap “ Kamu ini sibuk je dengan masalah orang lain sampaikan masalah keluarga Rasulullah pun kamu nak mencampurinya”. Mendengar pertuturan tersebut maka Umar terfikir untuk melakukan sesuatu dan beliau sangat gembira untuk melakukannya… Suatu ketika, Umar mendengar khabar bahawa Rasulullah saw sedang “bertengkar” dengan isteri-isterinya. “Kalau engkau menceraikan mereka semua, sesungguhnya Allah beserta para malaikatnya (Jibril, Mikail), aku dan Abu Bakar serta orang mukmin akan menyokong keputusan tersebut. Setelah mengatakan hal tersebt, Umar terus menghiburkan Rasulullah saw hingga membuat kemarahan Rasulullah saw reda dan baginda pun tertawa. 

Kemudian, Umar mendatangi isteri-isteri Rasulullah saw dan berkata kepada meraka, “Kamu boleh memilih antara tetap bersikap seperti ini atau Rasulullah akan mencari ganti lebih baik daripada kamu semua. “Salah seorang dari mereka menjawap, “Hai Umar, apakah kamu menyangka antara isteri-isteri Rasulullah ada yang tidak tahu tentang Rasulullah sehingga kamu datang memberitahunya?” daripada peristiwa tersebut maka turunlah sepotong ayat al-Quran surah al-Tahrim 66:5 “Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya isterinya yng lebih baik daripada kamu, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang anak dara”

Berdasarkan kepada peristiwa dia atas, maka boleh disimpulkan bahawa sebagai wanita yang memegang status isteri, harus menjaga hati suami supaya tidak berkecil hati dengan tindakan kita yang kadang kala bertindak mengikut emosi dan perasaan sahaja. Jika kita tengok kepada peristiwa di atas juga boleh kita rumuskan bahawa harus bagi suami mencari isteri yang lebih baik jika berlaku ketidakserasian bersama, namun pilihlah jalan rundingan untuk menutup semua kelemahan ini….. (Petikan dari sebuah novel) 


Wallahu alam, nota hati dari insan yang mentah ini… pembaca boleh mengambil iktibar atau memberi komen positif kepada penulisan saya ini.

Saturday 1 October 2011

Akhlak mempengaruhi Tingkah Laku @ Tingkah laku Mempengaruhi Akhlak


apakah yang dimaksudkan dengan akhlak? adakah akhlak penting dalam kehidupan? betul ke akhlak yang mempengaruhi tingkah laku @ tingkah laku yang membentuk akhlak?

 Jom  sama-sama kita tinjau...
  
 Akhlak berasal dari kata “akhlaq” yang merupakan jama’ dari “khulqu” dari bahasa Arab yang artinya perangai, budi, tabiat dan adab. Akhlak itu terbagi dua yaitu Akhlak yang Mulia atau Akhlak yang Terpuji (Al-Akhlakul Mahmudah) dan Akhlak yang Buruk atau Akhlak yang Tercela (Al-Ahklakul Mazmumah). 

akhlak nie sangat pnting dlm kehidupan seseorang manusia yang bergelar insan di atas muka bumi ini... hal ini kerana akhlak yang mulia dan terpuji akan menyebabkan semua manusia akan menyukai nya bahkan Allah dan malaikatNya akan memberkati manusia yang berperibadi mulia...


Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah adakah akhlak yang mempengaruhi tingkah laku atau tingkah laku yang mempengaruhi akhlak... 


Pada pendapat peribadi saya, tingkah laku yang mempengaruhi akhlak... Jika kita lihat secara kasar perlakuan suka ke masjid akan melahirkan rasa cinta kepada masjid... mugkin kelakuan ini agak sukar dibentuk tetapi apabila kita memaksa untuk melakukan nye, saya yakin dan percaya suatu hari nanti kelakuan inilah yang akan membentuk jati diri setiap individu...


 Jom kita balik kepada sejarah perkembangan hidup seorang muslim.... di dalam hadis jibril ... ia dimulai dengan islam kemudian iman kemudian ihsan.... jika kita selidiki hakikat ini maka kita akan ketemui bahawa kehidupan muslim itu mesti dimulai dengan tingkahlaku yang baik dan mulia untuk membentuk akhlak yang unggul... sebagai contoh ucapan syahadah akan mengikat diri kita sebagai muslim dibuktikan dengan solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan haji di baitul Allah... semua ini adalah untuk membuktikan kepatuhan kepada Allah ajjawajalla... kemudian kita akan terikat kepada Allah... apabila kita telah melakukan suruhan ini dengan patuh maka ihsan akan timbul... apa pulak ihsan nie... Ihsan ialah“Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu....

maka saya ingin menegaskan bahawa tingkah lakulah yang membentuk akhlak berdasarkan hujjah-hujjah di atas.  
 
                                                 fikir-fikirkanlah