Friday, 4 November 2011

Ibrah Bagi Wanita




Ibrah Bagi Wanita 


Pada suatu ketika, Umar al-Khattab sedang menghadapi masalah, melihat kepada kegelisahan Umar maka isterinya datang untuk merespon dan memberi cadangan terhadap masalah yang dihadapi dengan berkata “engkau perlu melakukan begini dan begini”. Umar berkata kepada isterinya “Engkau nie kenape, menyibuk je? Maka isterinya menjawap” Abang, takkanlah saya nak biarkan abang menghadapi masalah ini seorang diri sepertimana yang dilakukan oleh Hafsah yang membiarkan Rasulullah saw tanpa bertegur sapa sehingga baginda marah sehari suntuk. Mendengar cerita dari isterinya yang tersayang, maka beliau pergi berjumpa dengan puteri beliau yakni Hafsah untuk mendapatkan kepastian. 


Maka Hafsah berkata “ Iya, kami pernah melakukan hal ini. Lalu Saidina Umar mengingatkan puterinya, “wahai Hafsah, berhati-hatilah dengan seksaan Allah dan kemararahan Rasul-Nya”. Selepas itu Saidina Umar menuju pula ke rumah Ummu Salmah kerana dia termasuk orang yang terdekat dengan Saidina Umar. Kemudian beliau bertanya kepada Ummu Salamah seperti mana beliau bertanya kepada Saidatina Hafsah, Ummu Salamah menjawap “ Kamu ini sibuk je dengan masalah orang lain sampaikan masalah keluarga Rasulullah pun kamu nak mencampurinya”. Mendengar pertuturan tersebut maka Umar terfikir untuk melakukan sesuatu dan beliau sangat gembira untuk melakukannya… Suatu ketika, Umar mendengar khabar bahawa Rasulullah saw sedang “bertengkar” dengan isteri-isterinya. “Kalau engkau menceraikan mereka semua, sesungguhnya Allah beserta para malaikatnya (Jibril, Mikail), aku dan Abu Bakar serta orang mukmin akan menyokong keputusan tersebut. Setelah mengatakan hal tersebt, Umar terus menghiburkan Rasulullah saw hingga membuat kemarahan Rasulullah saw reda dan baginda pun tertawa. 

Kemudian, Umar mendatangi isteri-isteri Rasulullah saw dan berkata kepada meraka, “Kamu boleh memilih antara tetap bersikap seperti ini atau Rasulullah akan mencari ganti lebih baik daripada kamu semua. “Salah seorang dari mereka menjawap, “Hai Umar, apakah kamu menyangka antara isteri-isteri Rasulullah ada yang tidak tahu tentang Rasulullah sehingga kamu datang memberitahunya?” daripada peristiwa tersebut maka turunlah sepotong ayat al-Quran surah al-Tahrim 66:5 “Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya isterinya yng lebih baik daripada kamu, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang anak dara”

Berdasarkan kepada peristiwa dia atas, maka boleh disimpulkan bahawa sebagai wanita yang memegang status isteri, harus menjaga hati suami supaya tidak berkecil hati dengan tindakan kita yang kadang kala bertindak mengikut emosi dan perasaan sahaja. Jika kita tengok kepada peristiwa di atas juga boleh kita rumuskan bahawa harus bagi suami mencari isteri yang lebih baik jika berlaku ketidakserasian bersama, namun pilihlah jalan rundingan untuk menutup semua kelemahan ini….. (Petikan dari sebuah novel) 


Wallahu alam, nota hati dari insan yang mentah ini… pembaca boleh mengambil iktibar atau memberi komen positif kepada penulisan saya ini.

Saturday, 1 October 2011

Akhlak mempengaruhi Tingkah Laku @ Tingkah laku Mempengaruhi Akhlak


apakah yang dimaksudkan dengan akhlak? adakah akhlak penting dalam kehidupan? betul ke akhlak yang mempengaruhi tingkah laku @ tingkah laku yang membentuk akhlak?

 Jom  sama-sama kita tinjau...
  
 Akhlak berasal dari kata “akhlaq” yang merupakan jama’ dari “khulqu” dari bahasa Arab yang artinya perangai, budi, tabiat dan adab. Akhlak itu terbagi dua yaitu Akhlak yang Mulia atau Akhlak yang Terpuji (Al-Akhlakul Mahmudah) dan Akhlak yang Buruk atau Akhlak yang Tercela (Al-Ahklakul Mazmumah). 

akhlak nie sangat pnting dlm kehidupan seseorang manusia yang bergelar insan di atas muka bumi ini... hal ini kerana akhlak yang mulia dan terpuji akan menyebabkan semua manusia akan menyukai nya bahkan Allah dan malaikatNya akan memberkati manusia yang berperibadi mulia...


Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah adakah akhlak yang mempengaruhi tingkah laku atau tingkah laku yang mempengaruhi akhlak... 


Pada pendapat peribadi saya, tingkah laku yang mempengaruhi akhlak... Jika kita lihat secara kasar perlakuan suka ke masjid akan melahirkan rasa cinta kepada masjid... mugkin kelakuan ini agak sukar dibentuk tetapi apabila kita memaksa untuk melakukan nye, saya yakin dan percaya suatu hari nanti kelakuan inilah yang akan membentuk jati diri setiap individu...


 Jom kita balik kepada sejarah perkembangan hidup seorang muslim.... di dalam hadis jibril ... ia dimulai dengan islam kemudian iman kemudian ihsan.... jika kita selidiki hakikat ini maka kita akan ketemui bahawa kehidupan muslim itu mesti dimulai dengan tingkahlaku yang baik dan mulia untuk membentuk akhlak yang unggul... sebagai contoh ucapan syahadah akan mengikat diri kita sebagai muslim dibuktikan dengan solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan haji di baitul Allah... semua ini adalah untuk membuktikan kepatuhan kepada Allah ajjawajalla... kemudian kita akan terikat kepada Allah... apabila kita telah melakukan suruhan ini dengan patuh maka ihsan akan timbul... apa pulak ihsan nie... Ihsan ialah“Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu....

maka saya ingin menegaskan bahawa tingkah lakulah yang membentuk akhlak berdasarkan hujjah-hujjah di atas.  
 
                                                 fikir-fikirkanlah