Tuesday, 17 January 2012

Hakikat aku seorang pelajar



Pada ketika saat, aku menaipkan bait-bait ini, peperiksaan masih lagi berjalan. Pada waktu ini, ramai teman-teman dan para sahabatku sekalian menghadapi peperiksaan akhir semester. Maka pada saat inilah kedai-kedai fotostat dipenuhi dengan mahasiswa. Mereka datang buat apa, ada jualan ke? Apa lagi fotostat buku rujukan dan nota kuliah la…, Perkara seumpama ini sudah menjadi kebiasaan ketika berada di ambang peperiksaan. Jika sebelum ini, hanya segelintir pelajar sahaja yang membaca nota ke hulu hilir, namu pada ketika ini rata-rata mahasiswa berubah menjadi ulat buku, mereka muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang berjalan sambil membaca nota, nasib baik tak jatuh longkang atau terlanggar batu, ada yang membawa nota ke kafe, tapi takde kan yang bawa nota ke bilik air?....

Apabila tiba sahaja hari peperiksaan, maka ramailah antara kita ini belajar sehingga lewat malam atau kadang kala tidak tidur langsung. Hebat betul pelajar begini. Walau bagaimanapun, tabiat yang berubah-rubah ini telah menjejaskan kesihatan mahasiswa. Mungkin ramai yang tidak percaya kerana tidak terjadi kepada mereka. Jom saya buktikan, semasa pengawas peperiksaan kata… ANDA BOLEH MULA MENJAWAP… sama khusyuk menjawap soalan tiba-tiba bunyi suara… haaacimm….  Bunyi orang bersin dan batuk,,, percaya tak?

Bukan tujuan saya untuk menceritakan gelagat teman-teman kampus, tapi tujuan saya adalah untuk membetulkan niat teman-teman sekalian dalam menuntut ilmu dan tanggungjawab sahabat sekalian terhadap ilmu yang ada. Pernah tak sahabat sekalian muhasabah diri, apa yang aku belajar ini hnayalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang semata-mata @ hanya mahukan segulung ijazah @ memang benar aku tuntut ilmu ini hanyalah kerana Allah s.w.t.



Jom kita muhasabah diri bersama … PErnahkah kita menilai @ menguji ilmu yang ada pada kita? Samada ia ilmu yang melekat di minda selama-lamanya @ hanya melekat waktu waktu exam namun selepas exam hilang entah ke mana? Meh semua sahabat kita perbetulkan niat masing-masing, jangan pula kita menyesal  nanti… menyesal bukan kerana tidak dapat dekan tapi menyesal kerana ilmu yang pernah dipelajari tidak dapat diamalkan. Sepatutnya rakan mahasiswa sekalian menjadi ejen atau duta maklumat ilmu kepada masyarakat, jika berlaku sebarang permasalahan kita boleh guna stand kita sebagai mahasiswa untuk mengemukakan pandangan… bernas atau  tidak bukan masalahnya tetapi keberanian kita memberikan mencadangan.
 Saya menyeru semau sahabat-sahabat yang akan bergelar doktor falsafah atau professor nanti untuk sebarkan ilmu walau di mana anada berada  atau medium apa yang digunakan… saya yang lemah ini mencadangkan para sahabat mahasiswa sekalian untuk berkongsi ilmu melalui medan ceramah (jika mampu) @ medan usrah @ laman facebook @ laman blog dan pelbagai lagi medium yang canggih sekarang. Ayuh sahabat… ikhlaskan diri  kita mempelajari ilmu bukan sekadar untuk  masuk exam bahkan lebih dari itu lagi…. Yakni kita perlukan  ilmu tersebut untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Mesti sahabat semua ingat mengenai firman Allah s.w.t yang mengingatkan kita  bahawa seseorang yang berilmu itu akan diangkat darjatnya beberapa darjat.

Ayuh para sahabat, kita mulakan hari yang baru, tahun yang baru dengan misi yang baru iaitu menyebarkan ilmu berdasarkan paksi amar makruf nahi mungkar….